BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Tuesday, June 3, 2014

TIPS SURVIVE DEKAT ASASI (UITM PUNCAK ALAM ESPECIALLY) hewhew PART 1 kot

tengah stalk blog orang, tetiba baru aku sedar. aku ada blog yang telah ditinggalkan tanpa diberi nafkah rupanya. berbulan bulan aku tinggalkan kau digantung tak bertali wahai encik blog. maafkan aku. aku tidaklah busy mana, cuma memang malas nak bukak. huhu.. tapi aku tak berniat pun nak menduakan kau. insyaAllah, aku jenis yang setia. wkwkwkwk. P/S: aku dah officially habis asasi hoiii!! ni tengah pening nak isi UPU fasa 2 pulak hoii!!
okey, selesai sudah proses memujuk encik blog. kini kembali pada topik utama kita pada hari ini. dah baca tajuk dekat atas kan? bagus, aku siap capslock tu. kalau tak paham jugak, haihh.. matilah kau nak.. 
cut the crap, ehem.. 
dah bulan 6 ni, aku tahu ramai budak budak ex-spm dah mula masuk universiti/matrik/asasi/tingkatan6 kan? mesti korang tengah ada Minggu Destini Siswa la Minggu Haluan Siswa la Minggu Orientasi la kan? mesti bosan gile nak mam kan kan? padan muko. bhahaha
first of all. aku nak buat disclaimer dulu. macam tajuk kat atas, aku nak cerita pasal cara nak survive kat asasi. means, aku akan cerita pasal tips. bukan nak promosi dan bagitahu korang ke"best"an dan kelebihan asasi puncak alam ye adik adik. wah!! ahkak2 sangat iols tau, hewhew. so kalau korang rasa nak tau macam mana asasi ni etc etc, akak2 abang2 batch lepas ramai je dah buat entri pasal benda tu. well, an entry for promoting asasi palam to my junior is too mainstream i guess, so it would better if aku bagitahu benda2 remeh yang korang kena tahu untuk survive bila nak/baru/akan duduk sini nanti tanpa menyusahkan orang lain. cewahh
  1.  kepada kaki online tahap bila tak online sejam boleh menggigil n berpeluh2.
    - untuk connect internet dekat bilik boleh guna wlan cable. WLAN CABLE??? ape tu? tak pernah jumpa? jangan risau. aku pun dulu macam tu jugak. jakun hoii 

ni WLAN cable yer anak2.
          WLAN cable ni kau boleh beli dekat mart yang ada dekat cafe angsana/RSU. bila mds nanti kau taulah tempat tu dekat mana. fyi, internet palam akan block certain website bila waktu pejabat such as facebook, instagram, twitter, tumbler, dan benda lagha yang sama waktu dengannya. kepada peminat runningman, dukacita dimaklumkan bahawa kshow.net, url yang paling korang suka untuk download setiap episod baru runningman telah di block x kira lah dalam atau luar waktu pejabat.
          -alternatif lain, dekat bawah bangunan psb (you'll know it later) ada jual modem internet, p1 wimax kot kalau x silap aku. ke YES. antara tu lah. aku tak ingat. katanya, untuk student, rm9.00 sebulan dan free 1 gb setiap bulan. im not sure whether it's true or not pasal aku tak guna benda tu. mana tau tu strategi pemasaran diorang je. sekali dah charge itu ini, sebulan kena bayar rm60 gamaknye. muahaha
         - ni alternatif yang aku suggest, korang tau tak pasal prepaid celcom 1 malaysia? kalau xtau, gugel. tapi kat entri lepas aku ada tulis kot. tak ingat. cek ah sendiri. cara untuk beli, boleh cek dekat entri lepas yerr. i strongly recommend this thingy pasal dia prepaid. means, kau bayar rm25 untuk sebulan internet n kuota 1gb tapi still boleh guna kalau kuota dah habis. seriously, aku tak suka benda2 yang perlukan komitmen n aku kena bayar tiap2 bulan. kalau guna benda alah ni, kalau ko nak guna, ko beli la topup n subscribe. kalau xnak, xpayah. easy aite? lagipun kat sini line internet celcom notbad. kalau bukan H pon still bole jalan.
          2. cara pengangkutan untuk jalan2/berpoya2/balik kampung/makan angin dan yang sama waktu dengannya.

        -untuk balik kampung di bahagian utara dan pantai timur. korang boleh beli tiket dekat klang sentral. untuk pergi sini, korang boleh naik rapidkl u90. kena bayar rm1.00
        -balik kampung arah selatan, boleh jugak beli tiket kat klang sentral. tapi aku biasa naik bas dari TBS. cara nak ke TBS ada 2.
   1- naik u90 ke shah alam seksyen 2 (bayaq rm2.00) --> naik bas u80 ke kl sentral(rm2.50) --> naik ktm ke stesyen TBS (rm1.00-2.00 x ingat)
   2- naik u90 ke seksyen 2 jugak, lepas tu ko pergi ke bus stop seberang jalan.-->naik bas u529/t529 (tak ingat huruf depan dia) ke ktm shah alam (rm1.00) --> beli tiket ke TBS terus. (rm 2.30/4.30 x ingat) TAPI!! bila sampai kl sentral, kau kena tukar komuter means bila dah sampai ke  kl sentral, naik tangga n pergi ke rail sebelah untuk naik komuter ke arah seremban. err.. pehe dop?
          
shah alam belah kanan yg warna coklat merah, bandar tasik selatan (TBS) belah kanan biru. route diorang lain n buat u-turn gitu. that's why kena tukar komuter. hokey??

        -balik kampung naik kereta api (selatan je aku tau). naik u90 ke kl sentral, pergi ke kaunter ktm (tingkat atas sederet dengan kfc dll) harga bergantung pada korang nak turun kat mana.
       
*ni untuk jalan2 pulak.
---setia city mall (scm)--- tempat feberet budak asasi. exclude me. ekeke. naik je u90 ke scm (rm2.00) 
---pkns/sacc mall---naik u90 dan turun dekat pkns (rm2.00)
---times square/lowyat--- u90 ke seksyen 2 --> u80 ke kl sentral. lepas tu ko kena seberang jalan ke stesen monorel. beli token untuk ke jalan imbi. lowyat belah kiri dari arah monorel sampai, TS seberang jalannya. harga xsure. tapi bawah rm3.00
---subang parade/sunway pyramid--- u90 ke pkns-->naik u62 ke subang parade or sunway (harga sama rm1.00) note: kena tanya driver dulu dia nak ke arah klang or sunway. malu bertanya sesat jalan ye anak2.
---central market/jalan tar/masjid india--- u90 ke sek 2-->u80 ke central market (rm3.00) nak ke jalan tar. ko kena jalan sikit lah. tapi tak jauh pun dari CM. kalau takut berkuah ketiak, boleh je naik lrt CM ke lrt masjid india. no hal lah
---midvalley--- ada 2 cara. 1 u90 ke sek 2-->u80 ke stesyen lrt universiti (rm 2.50)--> naik T631/T632 xsure ke midvalley (rm 1.00)     2. macam nak pergi ke TBS tadi, tapi ko stop kat stesyen komuter midvalley je lah


3. makannnnn
hoh. ini perkara terpenting bagi budak-budak tengah membesar macam kita. agagaga.
ni masa aku belajar kat sana lagi lah kan. lepas ni aku tak tahu lah kedainya ada bukak lagi ke tidak. besides, ni cara nak berjimat bagi budak budak yang tak berada nak mampu sangat la kan. lagi pulak kalau duit KPT belum masuk, memang menangis la kau nak beli barang-barang makan. lainlah kalau korang orang kaya, makpak bagi RM10000 sebulan, makan TGV Friday walaupun ketika itu bukan hari jumaat, makan MCD pasal ko penat nak melangkah ke cafe Raff tu (MCD jauh ke luar sana kau rajin pulak, puih)

- beli makanan dekat MENTARI KAFE, serious sedap dan murah tu murah gak laa.. lagi2 kalau ikan keli goreng berlada dia, perrgghhh sedap tak hengat wa cakap lu!

- beli dekat KAFE SEBELAH MENTARI. well, nama dia bukanlah macam gitu, tapi aku dah terbiasa panggil macam tu kan. tak ingat dah nama betul dia. hmm. btw, nasi ayam penyet dia mabeles. dan kalau kau nak makanan seimbang untuk harga RM 4.50 je, include nasi, ayam, sayuran segar, tempe dan tauhu goreng yang mabeles dan ko boleh ambil sebanyak mana yang ko mampu, i strongly suggest this cafe to you. lol

---ni untuk masa dekat fakulti pulak. hmm. baik kau bawak bekal dari cafe dekat kolej adik oi.. kat bawah, harga tak menentu. ikut makcik pakcik tu nak jual berapa. kadang-kadang ahkak ni dapat harga yang murah, kadang-kadang mahal untuk makanan yang sama. senang cerita kau beli tupperware, lepas tu beli dekat kafe atas, then simpan dalam tupperware. masa rehat tengahari yang singkat gila tu, kau makan la puas-puas lepas tu boleh cepat2 berebut telekung. hahaha. kalau kau rasa nak bajet orang kaya, nak makan makanan mahal tapi tak sedap kurang memuaskan, kau boleh lah pergi ke restoran dekat tingkat 3 bangunan PSB tu (korang akan tau nanti dekat mana tempatnya nanti)

banyak lagi yang aku nak cerita sebenarnya. tapi takut panjang sangat pulak. lagipun tengah badmood / tension / frust pasal permohonan fasa 2 upu untuk lepasan asasi yang sesi 2014/2015 tak bukak-bukak lagi. kata je upu bukak pukul 12 tengah hari ni, ni dah lebih 15 minit tak nampak batang hidung pun dekat laman web dia. janji melayu betul. haihh..

doakan aku rajin untuk update part 2 pulak. hahaha
k la,, till then. thank you. lol
 


P/S: kalau ada soalan nak tanya berkaitan asasi ataupun apa-apa je lah, just post at ask.fm (ada dekat belah kanan atas tu. nampak kan?) okayy? komen disable pasal taknak jadi messy. lol mkaybye

Friday, September 20, 2013

DERMA DARAH?!! SAYA TAKUT JARUM. DERMA ORGAN?!! NANTI ROH SAYA SAKIT.


tut tut~~ tutt tutt~~ 
-hello assalamualaikum. boleh saya bantu?
-waalaikumsalam. ini encik azim ke? saya dari hospital dot dot dot, boleh encik datang ke hospital sekarang? ayah encik kemalangan petang tadi, sekarang dia dalam icu, keadaannya kritikal kerana kekurangan darah. mungkin darah encik sesuai dengan beliau, jadi mungkin beliau boleh diselamatkan..
-inalillah. ((INALILLAH BUKAN UNTUK MENDENGAR KHABAR TENTANG ORANG DAH MENINGGAL SAHAJA, TETAPI JUGA APABILA MENDENGAR ORANG LAIN DITIMPA MUSIBAH)) saya akan pergi sekarang. tolong lakukan yang terbaik untuk selamatkan nyawa ayah saya. saya datang sekarang!!


tetttttt~~~~~~~~~iklan sebentar.

mungkin kita pernah melihat kejadian ini dalam cerekarama, drama petang petang or filem. tapi, pernah terfikir tak yang perkara ini boleh berlaku dalam hidup kita? kuasa Allah, apa apa je boleh jadi.

bila sesuatu berlaku kepada keluarga kita, tanpa fikir panjang, terus setuju untuk menderma darah atau apa apa (bagi akulah, tak taulah korang kan) demi selamatkan nyawa mereka. tapi, kalau untuk orang lain yang kita tak kenal langsung nama, rupa dan siapa dia? adakah kita nak korbankan setengah liter darah atau organ kita untuk mereka? i dont think so. mungkin ada yang sanggup. tapi tak ramai. setuju?

action!!
-maaf encik azim. kami sudah memeriksa darah encik, dan darah encik tak sesuai dengan darah ayah encik.
-habis, apa yang patut saya lakukan?? saya akan bayar awak berapa sahaja, cari sajalah darah dekat bank darah, mesti ada punya darah yang sesuai untuk ayah saya. takkanlah dalam berjuta juta orang yang ada dekat malaysia ni, langsung tak ada satu pun darah yang sesuai untuk ayah saya??!!
-darah ayah encik adalah darah O, darah jenis ini sangat sukar dijumpai. selain itu, darah ini adalah penderma darah universal. mereka tidak boleh menerima darah lain selain dari darah O. buat masa sekarang, Bank Darah sedang kekurangan darah. kami tak mampu untuk berbuat apa-apa.
-habis, macam mana dengan ayah saya?!! takkan nak biar macam tu saja???
-apa yang mampu kita lakukan sekarang hanyalah berdoa kepada Allah. hanya Dia yang mampu memberikan keajaiban kepada kita.
-*tersentak* Ya Allah, Kau bantulah hamba-Mu ini. datangkanlah seorang hamba-Mu yang berhati mulia, yang mampu membantu ayahku, Ya Allah. aku mohon padaMu Ya Allah............

tettt~~~~~~~~~ iklan lagi....

macam tu lah kita kan? nak membantu orang lain, punyalah kedekut taik hidung masin. tapi bila kita dah tak mampu nak buat apa apa, barulah berharap ada orang yang akan bantu kita. apa cerr?? kita ni pentingkan diri sebenarnya. berharap, bila kita susah, akan ada orang yang akan bantu kita. tapi, bila tengok orang lain susah?? bukan nak membantu, malah makin disusahkan hati orang tu dengan nasihat nasihat yang bagi kita baik, tapi lagi menambah luka di hati orang tu. kita--an nas--si pelupa. lupa yang Allah boleh menterbalikkan keadaan orang tu lalu menimpa kita pula.

action!!
-encik azim, alhamdulillah. ketika encik pergi bersolat tadi, ada orang datang menderma darah, dan darahnya sesuai dengan darah ayah encik. peluang untuk ayah encik diselamatkan amat cerah.
-betul ke ni doktor?? Alhamdulillah. kau kabulkan doaku Ya Allah. Alhamdulillah.. terima kasih doktor. boleh saya jumpa dengan orang yang mendermakan darahnya tu tadi?
-boleh boleh, beliau di dalam bilik rehat di hujung wad.

iklan..

kerana kita ni sang pelupa, Allah beri ujian untuk mengingatkan kita. kerana kita ini sang pelupa, Allah beri bantuan kepada kita. supaya kita beringat. supaya kita belajar. yang hidup ni, bukan ada kita, kita dan kita saja. dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. dalam kesenangan kita, ada kesenangan orang yang sedang berada dalam kesusahan. cuma terpulang kepada kita, sama ada ingin berkongsi kesenangan itu, atau membiarkan orang yang berada dalam kesusahan itu, terus berada dalam kesusahan. tapi, seperti yang aku katakan tadi. manusia = sang pelupa. ketika dia pula berada dalam kesusahan, dia juga yang meminta minta orang lain untuk membantu dia. dahlah pelupa, pentingkan diri pulak tu. itulah manusia. kan? :)

action!!
-cik, awak ke yang dermakan darah untuk ayah saya? terima kasih sangat sangat.
-ya saya. *sambil menoleh*
-ehh,, awak kan . . . . . .
- ya, kita pernah jumpa dulu. masa saya minta tolong dengan awak untuk hantarkan adik saya ke hospital.
- err.. ya. emm,, macam mana keadaan adik awak tu?
-alhamdulillah, insyaAllah dia akan menjadi ahli syurga. ye lah, meninggal masa kecil kan? *senyum*
- err,, betul ke ni? semua salah saya kan? saya yang taknak bantu awak. kalau saya bantu, mungkin dia boleh diselamatkan. saya yang berdosa!!
-janganlah salahkan diri awak. itu semua dengan kehendak dari-Nya. saya redha dengan pemergian adik saya. saya tahu, mungkin ada hikmah darinya. salah satu hikmahnya, saya dapat membantu ayah awak. *senyum lagi*
-maafkan saya. emm,, tapi kenapa awak masih mahu membantu saya, sedangkan ketika itu, saya langsung tiada sifat simpati untuk menolong kalian.
-saya tak mahu orang lain merasa kehilangan seperti yang pernah saya rasa. kerana saya tahu, rasa kehilangan itu, amat perit. mungkin juga, Allah tak mahu kamu melalui dugaan kehilangan orang yang tersayang, kerana Dia Maha Mengetahui, yang awak tak mampu menanggung dugaan seperti ini *senyum lalu melangkah pergi*
-krikkrikkrikkkk

¬TAMMAT¬

nak ke kejadian macam ni berlaku pada kita? kata orang, kalau nak kita dilayan baik, kita kena melayan orang lain dengan baik. kalau ingin mendapat kebaikan, kita kenalah buat baik dulu.

buat baik dibalas jahat, itu tak mengenang budi.
buat baik dibalas baik, itu biasa
buat jahat dibalas baik, itu awesome.

oleh yang demikian, aku sedang cuba try test untuk menjadi awesome di mata Allah, walaupun di mata manusia aku cuma insan yang hina dina dll. kekeke.

seperti yang aku katakan tadi.
dalam rezeki kita, ada hak orang lain.
dalam kesenangan kita, ada hak orang yang dalam kesusahan untuk mendapat kesenangan seperti kita.
terpulang pada kita, sama ada ingin melunaskan hak mereka, atau tidak. 
mungkin didunia mereka tidak direct meminta pada kita.
tapi di akhirat kelak, kita akan ditanya oleh Allah SWT.
adakah kita sudah melunaskan tanggungjawab kita yang sepatutnya kepada manusia lain di sekeliling kita.

apa yang kau akan pilih?

aku.. cuba buat yang terbaik. cuba mengikhlaskan diri yang kadang kadang menyimpang dari niat yang sebenar. semoga Allah meredhai amalanku. :)

darah muslim itu mulia, apa kata kita memuliakannya lagi dengan menderma pada orang lain. kan? :)


kata orang, kalau nak bersedekah/menderma, kita kena beri barang yang paling kita sayang. saya sudah berikrar. anda bila lagi? :D




walaupun aku berikrar untuk menderma organ bila dah meninggal nanti, tapi aku tak tahu ajal aku macam mana nanti. entah mati terbakar ke, mati hancur dibom ke, mati lemas badan tak jumpa ke. kata orang, bila dah berniat untuk buat baik tu, malaikat akan catat niat tu sebagai pahala. semoga Allah terima niat aku. :D











Tuesday, August 13, 2013

MNP aka tukar ke telco lain secara online???


feewit!! tajuk tak nak kalah. kekeke.
dah dah dah,, berdasarkan tajuk di atas, aku nak cerita dulu kenapa tetiba aku sibuk sibuk nak tukar nombor aku ke telco lain.
begini ceritanya~~~

dunia semakin maju.. kini tiada lagi mesej2 untuk perkara lagha.. sekarang diorang guna wechat lah watsap lah line lah viber lah kakakaakakakaotalk lah untuk sampaikan ape ape information. jadi, aku yang mengharapkan internet sehari due ringgit oleh hotlink dan wifi dari rumah rumah atau tempat yang ada wifi selalu je tertinggal bas.. lepas tu lecturer ada yang bagi assignment or announcement dekat fb bagai.. mano lah den nak tahu ni hahh.. tu yg aku rasa agak penting untuk fon aku ada intenet.. (alasan nak selalu online :3)

so kan sekarang orang dok sibuk sibuk dengan pakej celcom 1 malaysia yang internet RM 25 sebulan 1G konon unlimited tu kan? pastu 28 sen je utk 10 min and 1 sen utk sms. sapa boleh tahan woihh.. lagipun takut dia abeh cepat, memang rugi menangis tak berlagulah aku nanti karang. so, aku pun tak naklah tertinggal kereta api ketika dunia sedang di arus pembangunan ni kan.. pfftt!
tu yang aku pon nak jugak lah benda alah tu.. tapi dok google2..  semua mahal2 lah.. ada dekat 60 - 70 - 80 sampai ada yang cecah seratus lebih.. gile bapak mahal an! 

selaku student yang tak berapa nak kaya tapi dok perabih duit KPT, mane mampu woii harga gitu.. jadi aku usha usha lah mane mane dealer yang bagi harga murah.. tengah dok cari tu. aku jumpa page fb ni:

"""HUSNI ENTERPRISE"""

harga yang dia jual, agak berpatutan lah berbanding yang lain lain yang aku dah usha tu.. jadi, pada sesapa yang nak benda alah 1 mlaysia tu dengan harga murah. pegilah dekat sana ye.. hehehe (promot sesama manusia yang sama bangsa and agama. ape salahnye kan)

tapi tu bukan topik utama. yang jadi masalahnya, aku sayang nombor celcom aku. tapi bila nak convert ke celcom 1 mesia, mana2 no celcom kena convert ke telco lain dulu. bila nak tukar tu, nak kena pergi ke service centre dia lah, apa lah.. aku dah lah jenis anak dara sunti malas nak keluar berjalan kecuali bila perlu je kan. so, macam malas gile nak pi carik bagai la kot. pastu aku google lah kot2 ada service MNP secara online or pape.. tapi sayang~~~xde lah.. 

entah macam mana, aku try masuk website DIGI NI

korang tau tak apa yang aku nampakk??????
|
|
|      (poyo gile konon nak seprais bagai kan -_-)
|
|
|
|
|
|
|
|
|
guna kanta untuk pembesaran gambar


hah! korang nampak tak apa yang aku nampak? hehe.. DIGI ADA SERVICE ONLINE UNTUK MNP AKA SWITCH KE TELCO DIORANG WEH!!!

Alhamdulillah. tak payah la susah susah aku nak pergi ke sana ke sini untuk tukar benda jadah ni.. pfftt

jadi, pada sesapa yang guna Celcom and nak tukar ke celcom 1 malaysia tapi nak kekalkan nombor, tapi malas macam aku (heh), korang boleh la tukar ke digi sekejap sebagai cina buta.. Pfftt!!

lepas tekan dekat yang aku bulatkan warna merah tu, korang kena



dan



yang lain lain korang ikut je lah step2 die.. bukan susah sangat pun.. kikiki..

dah, tu je aku nak cite. jadi sape2 yang pemalas macam aku, boleh lah guna cara ni.. sekarang kan dunia di hujung jari katanya.. jadi kenalah manfaatkan sebaik baiknya. bukan dok tengok porno maria ozawa bagai.. pfftt!!


semoga bermanfaat..


mmmkaybye

p/s: sebarang soalan tidak dilayan.. bhahahahaha


Wednesday, June 26, 2013

SURAT TERBUKA KEPADA ENCIK . . . . . .

 kehadapan encik fizik yang dibenci dikasihi selalu.
apa khabar encik sekeluarga? diharap encik fizik sekeluarga berada dalam sihat wal afiat hendaknya. bak ayat common budak budak sekolah nak dapat markah lebih pasal guna ayat bombastik, i hope u are in the pink of health. tujuan saya menulis surat, bukanlah ingin meluahkan perasaan kepada encik bahawa saya sanggup menjadi isteri kedua encik, apatah lagi menjadi perempuan simpanan. tidak sama sekali. saya hanya ingin meluahkan kekurangpuasan saya terhadap encik.
saya sebenarnya bukanlah membenci atau tak suka pada encik fizik. tapi, banyak bab bab dan pengiraan yang membuatkan saya lost sekaligus membuatkan saya mula menimbulkan bibit bibit kebencian kepada encik. ya, saya faham. saya sedar encik bukan bersikap penghafal seperti puan biologi. encik juga bukan seseorang yang mementingkan ikatan seperti cik kimia. dan saya amat pasti bahawa encik tidak terlalu meminati encik/puan matematik (maaf, jantina tidak dapat dikenalpasti) kerana beliau diminati oleh kaum perempuan, berbanding encik, sering diminati dan dikejar kejar oleh kaum lelaki (hanya minoriti perempuaan rare yang minat pada encik fizik). 
saya tahu, saya faham. sebagai pelajar yang cemerlang, saya seharusnya tidak bias atau berat sebelah kepada encik dan puan di atas tadi. tapi, selaku manusia biasa, saya juga mempunyai hati dan perasaan. walaupun saya cuba bersikap adil, saya masih tak mampu untuk membahagikan keminatan saya kepada anda semua secara adil dan saksama. saya tahu, hal ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada saya kelak. tapi, untuk pengetahuan encik fizik, saya sudah mengkaji secara keseluruhan andainya saya membulatkan tekad untuk membenci encik. antara analisis yang saya peroleh adalah
1. saya meminati bidang medik. tapi saya tak kinat jadi doktor biasa. oleh yang demikian, saya bercita cita untuk menjadi doktor haiwan aka veterinar. jika saya ingin memilih bidang ini, saya tidak perlu berjumpa dengan encik lagi. hal ini kerana bidang ini hanya akan menyebabkan saya dapat berjumpa dengan puan kesayangan saya, iaitu puan biologi. tentang cik kimia pula, saya bersikap neutral kerana beliau mempunyai hubungan saudara dengan puan biologi. oleh itu, pelajaran mereka juga hampir sama walaupun tidak serupa. berbanding dengan kamu wahai encik fizik *kibas rambut* kemungkinan saya berjumpa anda apabila saya menyambung pengajian dalam bidang veterinar aaaaaammmmmmaaaaaattt sseeediiiiikkkiiiitttt sekali. oleh itu, babaii.
2. mengikut cgpa upu atau cgpa uitm bagi pelajar asasi, mereka hanya mengambil tiga kursus yang mempunyai markah tertinggi. tetapi matematik memang wajib diambil untuk pengiraan ini. berkenaan beliau, saya tidak terlalu bimbang kerana saya amat meminati beliau meskipun saya masih tidak dapat mengesan jantina beliau. jadi, kursus yang kedua dan ketiga, sudah pasti saya akan memastikan ianya dimiliki oleh puan biologi dan cik kimia! dan..... anda, dibiar sepi seorang diri menunggu kasih yang tidak kesampaian.. huuu~~ saya bukan ingin meminggirkan anda, tetapi saya perlu merancang masa depan secara total. buang anasir yang tidak menguntungkan. huhh
cukuplah dua, saya tak mahu menambahkan garam ke atas luka hati encik fizik. percayalah, saya amat gembira ketika mempelajari anda. sangat gembira. tapi sekadar itu, saya gembira tetapi saya tidak faham apakah anda sebenarnya. mungkin saya tidak ditakdirkan untuk menjadi kerja kebanggaan encik fizik, iaitu jurutera. bukan, bukan.. saya bukannya terlalu membenci encik. ingat tak dahulu, kisah keputusan spm saya tu? alaa,, yang kita jumpa tu..
*imbas kembali* meskipun ketika di bangku persekolahan, saya sering mengatakan bahawa encik fizik lagi susah berbanding cik kimia, tapi ingat lagi tak yang keputusan trial dan spm sebenar saya, gred encik lagi tinggi berbanding gred cik kimia? syyhhh, jangan cakap kuat kuat. nanti cik kimia dengar, dia merajuk pulak karang. emm,, hal ini menunjukkan bahawa encik fizik tidaklah seburuk yang disangka. encik baik dalam memberi markah. cuma,, kita tiada jodoh.. kita tiada chemistry untuk menjadi sebati..
walaupun saya meluahkan ini semua, ia tidak bermaksud saya akan terus meninggalkan encik terkontang kanting sendirian.. saya akan sentiasa cuba untuk memahami encik fizik.. cuma, saya berharap encik tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada saya untuk peroleh markah yang tinggi demi encik. tolong.. saya akan berusaha bersungguh sungguh, tapi jangan terlalu berharap.. saya bukan tak sayang encik fizik.. tapi, hati saya telah dimiliki oleh puan biologi dan encik/puan matematik (saya lurus!!) maaf sekali lagi.
saya tahu, anda sebagai sepasukan aliran sains tulen perlu saling berkait untuk menjamin kejayaan yang lebih cemerlang.. tapii,, saya bimbang saya tidak mampu untuk menanggung beban ini.. harap
maaf..
 saya amat berharap bahawa encik fizik tidak terluka atau patah hati dengan luahan hati saya ini. kita tidak tahu masa depan.. mana tahu, dengan izin Allah, tiba tiba saya terjatuh cinta pada encik fizik kan? tiada mustahil di dunia ini.. beserta surat ini, saya lampirkan tisu untuk encik fizik. manalah tahu encik memerlukannya tika saat ini.
akhir kata, 
majulah sukan untuk negara.
yang
benar,
 si dia.......

Saturday, June 15, 2013

NEW LIFE AS STUDENT ASASI PUNCAK ALAM '13


AMARAN: ENTRI INI HANYA LUAHAN HATI YANG TENGAH GILA, BUKAN TENTANG INDAHNYA PALAM, KEHIDUPAN DISINI YANG MENYERONOKKAN DLL. JIKA ITU YANG ANDA CARI, MAAF ANDA SALAH ENTRI.

yeahh,, setelah beberapa purnama mengubat hati yang lara.. akhirnya hamba kembali membuka bicara. wah wah wah,, ayat orang dedulu. tak nak kalah. puihh.. hahaha

okay, stop the nonsense. sekarang aku tengah stress, tension, tertekan, __________,___________,___________. (okey, boleh masukkan apeape lagi perkataan yang sama aktu dengannya. 

hah? kenapa aku stress, tension, tertekan dll? entahlah. dah makin menuju ke alam durjana dewasa ni, makin macam-macam pulak yang kita kena fikir kan? tak boleh ke kalau jadi macam masa kecik kecik dolu? tak payah nak fikir benda berat berat. kecik kecik dulu, masalah paling besar yang aku kena fikir cume pasal kena pulau dengan kawan atau memulaukan kawan kemudiannya takut kantoi pasal budak tu menggedik nak main mengadu dekat mak bapak dia pulak. entah pape,, masa aku kena pulau, aku wat relaks je kan. tak payah nye nak bagitahu mak bapak pasal benda tu. setel sendiri sudah. dasar anak manje memang gitu. huhh! tapi aku dah tak ingat dah sape nama budak tuh. ahh, persetan, bukan penting pun benda lagha tu semua.. puihh!

okey. back to the topic. ehem. as you know, dah nak dekat sebulan dah result upu keluar. alhamdulillah. aku dapat masuk ke UITM Puncak alam. untuk program asasi sains. tapi malas lah nak printscreen bagai pastu nak letak dalam benda alah ni. nanti orang kata aku show off pulak (padahal tak tau nak printscreen bagai kaannn. agak loser di situ T.T)

dah dekat dua minggu jugaklah masuk sini. facilities quite good. cuma agak penat sikitlah. terkejar kejar sana sini untuk masuk dewan kuliah atau bilik tutorial. dengan belajar laju tahap gaban. untuk orang yang agak lambat nak tangkap masa belajar and agak malas nak buat revision dulu pada masa masa lapang, agak susah sikit lah nak bernafas. huh.. kat sini banyak jugak lah suasana yang aku tak pernah lalui masa dekat sekolah dulu. antaranya:

1. masa dekat sekolah dulu, susa gila wa cakap lu tengok budak lelaki bukak buku and jawab soalan yang diberikan secara sukarela tanpa dipaksa oleh kawan kawan or sesiapa yang berkenaan. tapi kat sini, aku rasa tercabar pulak bila tengok ada budak lelaki yang lagi rajin daripada aku. (ceh, tapi taknak ikut jugak sikap rajin orang tu kan -_-)

2. selain itu, kat sekolah dulu susah aku nak jumpa orang yang volunteer diri untuk apa apa jawatan or untuk buat sesuatu kerja or untuk pegang tanggungjawab apa apa. selalu tuh, siap kena paksa oleh cikgu or dianiaya oleh rakan rakan sekalian untuk pegang jawatan jawatan or tanggungjawab tuh. lagi satu, kat sekolah bila ada orang yang sukarela gitu, budak budak terus je cop sebagai gila kuasa, gila kipas cikgu dan gila yang sama waktu dengannya. tapi kat sini, tak payah tunggu lama, ada je yang nak tawarkan diri. aku tak tahu lah nak rasa kagum atau pelik pasal aku tak pernah alami perkara sedemikian kan.

3. kebanyakan pelajar yang ada kat sini kelihatan agak matang and tak macam sama baya dengan aku. hahh.. bukanlah pasal diorang nampak tua or pape. cuma mungkin pembawakan diri diorang tak macam budak budak dah kan. sangat sangat berbeza dengan masa dekat sekolah dulu.

err,, banyak lagi sebenarnya.. tapi cukuplah tu kot..

honestly. bila aku dekat sini. ada sedikit rasa rendah diri when i'm among them. yelah. diorang kebanyakannya dari sekolah budak budak pandai. mrsm lah, sbp lah, sekolah klusterlah, integrasilah, senang cite yang top top gitu. aku ni pulak, sekolah harian je. sekolah luar bandar pulak tuh. jadi, mungkin kurang pendedahan dalam berbahasa inggeris, kurang pengalaman dalam mentadbir sesuatu organisasi (pehh ayat!), kurang keyakinan untuk bercakap depan orang ramai. and banyak lagilah senang citenye

lepas apa yang aku lalui. baru aku sedar satu perkara. korang pernah dengar tak untuk ayat ayat orang loser yang tak dapat masuk sekolah sbp atau mrsm atau sekolah gempak lain? alaa,, yang ayat : sekolah dekat mana mana pun sama je. yang penting diri sendiri nak belajar atau tidak. yepp, aku pernah pegang ayat tu dulu. masa aku tak dapat masuk mrsm walaupun result upsr dan pmr melayakkan aku untuk masuk sana. tapi takpelah. there're many people deserve that place more than me. tu semua rezeki Allah kan? ohh,, sambung balik tadi. haa,, aku pegang lah ayat tu untuk kuatkan semangat aku. spaye belajar betul betul untuk compete dengan budak budak sekolah pandai. alhasilnya. alhamdulillah. walaupun bukan straight a's, tapi resultnya melayakkan aku masuk ke uitm palam ni. 

tapi, jauh beza antara budak sekolah biasa dengan sekolah pandai. facilities diorang lebih baik, guru guru diorang yang lagi bagus, masa belajar diorang lebih teratur, peluang diorang untuk menimba pengalaman selain daripada belajar pun lagi banyak dari budak sekolah biasa, n mostly diorang ada daya kepimpinan n keyakinan diri yang lagi tinggi berbanding budak sekolah biasa.

so, pada sesiapa yang ada result okey dan dapat tawaran untuk masuk ke sekolah sekolah yang lagi baik. korang masuk jelah. memang kesedaran untuk menuntut ilmu, untuk belajar tu ada pada diri kita sendiri. ada dekat sekolah mana mana pun, kita masih boleh berjaya, walaupun belajar dekat sekolah di ceruk dunia. tapi pengalaman yang dilalui di satu satu sekolah tu berbeza, guru guru yang mengajar berbeza (bukanlah bermaksud guru guru di sekolah harian biasa tidak bagus, tapi most penggubal soalan etc datang dr mrsm n sekolah budak budak pandai), kemudahan yang disediakan juga berbeza. contoh yang simple, makmal sains biasa and untuk budak sains tulen yang terdapat di sekolah biasa. kemudahan tak cukup, bahan kimia tak cukup dan macam macam perkara lagi. sampaikan ada eksperimen yang berdasarkan teori semata mata, tak ada pun buat praktikal untuk topik yang diajar.

memang ada kelebihan dan kekurangan antara kedua dua sekolah. err.. ntahlah.. aku pun tak tau ape yang aku cakap ni. yang penting aku tengah stress nak adapt suasana baru yang agak berlainan dengan masa sekolah dulu. tapi tu lah kan. belajar, kita boleh belajar dekat mana mana pun. nak skor sangat senang. hafal buku teks, buat latihan berpuluh puluh kali, untuk addmath dan math, buat jalan kerja banyak kali and tukar nilai ja. insyaAllah boleh dapat. tapi,, kejayaan tu cuma atas kertas je. sijil SPM. bila dah dekat dunia luar ni. baru kita terfikir. sebenarnya pengalaman tu lagi penting daripada apa yang kita belajar untuk periksa semata mata tuh. pasal tu ada pepatah ke kata kata hikmah yang ayat dia lebih kurang cenggini, pengalaman adalah guru yang terbaik. kan? 

dan nampaknya, oleh kerana dulu aku terlalu selesa di sekolah. taknak keluar dari zon keselesaan tu, sekarang aku terpaksa bermula dari bawah balik. kena cari pengalaman baru yang aku tak dapat masa dekat sekolah dulu. bermula dari bawah, bukan bermaksud kena belajar tu semua, yang tu insyaAllah aku boleh kejar. cuma.. aku kurang pengalaman, kurang keyakinan, kurang daya kepimpinan, dan kurang bercakap bahasa inggeris 

insyaAllah apa yang aku lalui ni ada hikmahnya. mungkin Allah nak aku belajar dari bawah, supaya aku tak takbur, riak bila aku berjaya. bersangka baik dengan Allah. kadang kadang, bila kita bersusah susah untuk menempuh kejayaan, barulah kita hargai apa yang kita miliki kan? insyaAllah,, Allah maha mengetahui yang aku mampu lalui ujian ni.. berilah panduan pada aku Ya Allah.

Wednesday, May 15, 2013

Tarikh Keputusan UPU 2013/14 diumumkan


hehe,, tajuk tak nak kalah.. skema gile 
kan.
yaa,,
bagi pelajar lepasan SPM 2012, keputusan UPU lah yang paling ramai dok tertunggu
tunggu..
orang
UPU saje je nak buat kejutan tau.. dalam kalendar dia, dok cakap keputusan keluar pada minggu ke-tiga bulan lima je.. bukan nak bagi yang spesifik punye.. huhu

tapi kali ni, jangan risau. insyaAllah betul, tepat dan padat punye..

cenggini cerita dia. tadi aku dok usha usha FB, tengok2 la dekat grup grup lepasan SPM. pastu ada budak pos

"doa kita dimakbulkan, keputusan UPU keluar Jumahat ni..
blablabla"
aku
agak skeptikal lah juga. bukan ape, takut kena troll dok.. dah lah orang tengah risau nervous gementar nak tunggu keputusan. ada yang dok main main cakap result keluar 14 hari bulan 5.. memang kena maki lah dengan ahli ahli grup tu kan..

pastu ada post lagi satu, dia cakap dia ada hantar mesej dekat UPU, n memang betul 17/5 result keluar.. tapi aku macam tak percaya sangat lagi.. takut pisang berbuah banyak kali derr.. haha

pastu aku hantar lah dekat no 15888 tuh.. 2 minit lepas tu, dia balas:

"RM0.20 UPU: Semakan UPU Sesi 2013/14 bermula 12pm 17/5/2013. taip UPU blalala"

macam gitu la lebih kurang mesej nya.. jadi terbuktilah bahawa KEPUTUSAN UPU SESI 2013/14 ADALAH 17/5!!! Alhamdulillah.. aku dah seram sejuk.. risau agaknya aku dapat mana lah kan.. hehehe

kalau korang nak semak keputusan UPU, bolehlah klik 
sini

kalau nak semak guna sms pulak: taip UPU<jarak>RESULT<jarak>(no kas pengenalan korang) and hantar ke 15888

best of luck untuk korang yea.. doakan aku dapat ape yang aku nak.. amiin.. perkenankanlah doa hambaMu ini Ya Allah..

semoga kita sama sama dapat apa yang terbaik untuk kita ya? ;) 

salam ukhuwah fillah~