BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

ABOUT ME


  • assalamualaikum
  • nama, identiti, penting ke? janji baca apa yang aku tulis sudah.. ahh,, pengenalan umum je lah.#perempuan  #batch95 #belum kahwin. heh.
  • mungkin ada yang tahu kewujudan blog ini dari url mukabuku aku, diam diam je lah.. tak payah nak heboh im atau bagitahu aku yang kau dah tau aku ada blog,, nanti aku malu.
  • tujuan blog dibuat: nak berkongsi pengalaman umum, pengajaran disebalik kisah, mengumpat dan apa
    apa je yang terlintas.
  • bahasa yang digunakan bergantung pada tahap keimanan ketika post ditulis. kadang kadang kasar, kadang kadang sinis, kadang kadang lembut. mungkin. (iman boleh berkurang dan bertambah kan? semak balik subjek PI tingkatan 4 atau 5)
  • watak watak dalam post cerita, hanya diceritakan secara umum, bukan spesifik (nanti ada yang terasa pulak)
  • kadangkala menggunakan bahasa sarkastik untuk menyindir.. jadi, tolong jangan lurus percaya apa yang aku cakap. eh, taip.
  • berusaha untuk tak nak mencarut yang keterlaluan dalam benda ni. harap berjaya.
  • berblog bukan untuk nak cari follower, populariti, hot, mencapub, apa apa yang sama waktu dengannya. jadi aku tak join give away, segmen segmen dan apa apa je lah. dan tak ada share, like, promot blog dalam fb. (ayat loser. heh)
  • tak ada istilah i follow you, you follow i. (pasal aq xletak button follow, aku follow blog yang betul betul bermanfaat or best, bukan blog yang dijamin akan follow balik bila kita follow dia)
  • jangan diterima bulatbulat katakata aku.. berfikir sebelum menerima kerana aku manusia, ada salah silap. itulah gunanya otak kan?
  • tulisan aku, perspektif aku..
     
  • pandangan kau? suka hati kaulah.. pergi tulis dekat blog sendiri
  • kalau tak nak, benci, bosan, menyampah, geli, getik dengan blog ni, bahagian atas belah kanan ada button hikmat, bila tekan kompom hilang page blog ni.
  • hidup ini perlu bersederhana,, jangan taksub dengan sesuatu atau seseorang. tiada yang sempurna kecuali ALLAH swt, ingat?
  • cuba lihat dari mata kepala manusia lain. mungkin dapat lihat sesuatu yang berbeza.
  • terbuka dalam perbincangan, teliti dalam penaakulan, sabar dalam percanggahan, tika keliru, kembali pada fitrah. al Quran dan sunnah!
  • buat masa sekarang, mungkin ini je. akan dikemas kini pada masa akan datang.
p/s: cuba untuk menggunakan Bahasa Melayu tinggi atau yang betul, bukan bahasa Melayu budak budak hot, cute, rempit dan golongan yang sama waktu dengannya.