BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Saturday, June 15, 2013

NEW LIFE AS STUDENT ASASI PUNCAK ALAM '13


AMARAN: ENTRI INI HANYA LUAHAN HATI YANG TENGAH GILA, BUKAN TENTANG INDAHNYA PALAM, KEHIDUPAN DISINI YANG MENYERONOKKAN DLL. JIKA ITU YANG ANDA CARI, MAAF ANDA SALAH ENTRI.

yeahh,, setelah beberapa purnama mengubat hati yang lara.. akhirnya hamba kembali membuka bicara. wah wah wah,, ayat orang dedulu. tak nak kalah. puihh.. hahaha

okay, stop the nonsense. sekarang aku tengah stress, tension, tertekan, __________,___________,___________. (okey, boleh masukkan apeape lagi perkataan yang sama aktu dengannya. 

hah? kenapa aku stress, tension, tertekan dll? entahlah. dah makin menuju ke alam durjana dewasa ni, makin macam-macam pulak yang kita kena fikir kan? tak boleh ke kalau jadi macam masa kecik kecik dolu? tak payah nak fikir benda berat berat. kecik kecik dulu, masalah paling besar yang aku kena fikir cume pasal kena pulau dengan kawan atau memulaukan kawan kemudiannya takut kantoi pasal budak tu menggedik nak main mengadu dekat mak bapak dia pulak. entah pape,, masa aku kena pulau, aku wat relaks je kan. tak payah nye nak bagitahu mak bapak pasal benda tu. setel sendiri sudah. dasar anak manje memang gitu. huhh! tapi aku dah tak ingat dah sape nama budak tuh. ahh, persetan, bukan penting pun benda lagha tu semua.. puihh!

okey. back to the topic. ehem. as you know, dah nak dekat sebulan dah result upu keluar. alhamdulillah. aku dapat masuk ke UITM Puncak alam. untuk program asasi sains. tapi malas lah nak printscreen bagai pastu nak letak dalam benda alah ni. nanti orang kata aku show off pulak (padahal tak tau nak printscreen bagai kaannn. agak loser di situ T.T)

dah dekat dua minggu jugaklah masuk sini. facilities quite good. cuma agak penat sikitlah. terkejar kejar sana sini untuk masuk dewan kuliah atau bilik tutorial. dengan belajar laju tahap gaban. untuk orang yang agak lambat nak tangkap masa belajar and agak malas nak buat revision dulu pada masa masa lapang, agak susah sikit lah nak bernafas. huh.. kat sini banyak jugak lah suasana yang aku tak pernah lalui masa dekat sekolah dulu. antaranya:

1. masa dekat sekolah dulu, susa gila wa cakap lu tengok budak lelaki bukak buku and jawab soalan yang diberikan secara sukarela tanpa dipaksa oleh kawan kawan or sesiapa yang berkenaan. tapi kat sini, aku rasa tercabar pulak bila tengok ada budak lelaki yang lagi rajin daripada aku. (ceh, tapi taknak ikut jugak sikap rajin orang tu kan -_-)

2. selain itu, kat sekolah dulu susah aku nak jumpa orang yang volunteer diri untuk apa apa jawatan or untuk buat sesuatu kerja or untuk pegang tanggungjawab apa apa. selalu tuh, siap kena paksa oleh cikgu or dianiaya oleh rakan rakan sekalian untuk pegang jawatan jawatan or tanggungjawab tuh. lagi satu, kat sekolah bila ada orang yang sukarela gitu, budak budak terus je cop sebagai gila kuasa, gila kipas cikgu dan gila yang sama waktu dengannya. tapi kat sini, tak payah tunggu lama, ada je yang nak tawarkan diri. aku tak tahu lah nak rasa kagum atau pelik pasal aku tak pernah alami perkara sedemikian kan.

3. kebanyakan pelajar yang ada kat sini kelihatan agak matang and tak macam sama baya dengan aku. hahh.. bukanlah pasal diorang nampak tua or pape. cuma mungkin pembawakan diri diorang tak macam budak budak dah kan. sangat sangat berbeza dengan masa dekat sekolah dulu.

err,, banyak lagi sebenarnya.. tapi cukuplah tu kot..

honestly. bila aku dekat sini. ada sedikit rasa rendah diri when i'm among them. yelah. diorang kebanyakannya dari sekolah budak budak pandai. mrsm lah, sbp lahsekolah klusterlah, integrasilah, senang cite yang top top gitu. aku ni pulak, sekolah harian je. sekolah luar bandar pulak tuh. jadi, mungkin kurang pendedahan dalam berbahasa inggeris, kurang pengalaman dalam mentadbir sesuatu organisasi (pehh ayat!), kurang keyakinan untuk bercakap depan orang ramai. and banyak lagilah senang citenye

lepas apa yang aku lalui. baru aku sedar satu perkara. korang pernah dengar tak untuk ayat ayat orang loser yang tak dapat masuk sekolah sbp atau mrsm atau sekolah gempak lain? alaa,, yang ayat : sekolah dekat mana mana pun sama je. yang penting diri sendiri nak belajar atau tidak. yepp, aku pernah pegang ayat tu dulu. masa aku tak dapat masuk mrsm walaupun result upsr dan pmr melayakkan aku untuk masuk sana. tapi takpelah. there're many people deserve that place more than me. tu semua rezeki Allah kan? ohh,, sambung balik tadi. haa,, aku pegang lah ayat tu untuk kuatkan semangat aku. spaye belajar betul betul untuk compete dengan budak budak sekolah pandai. alhasilnya. alhamdulillah. walaupun bukan straight a's, tapi resultnya melayakkan aku masuk ke uitm palam ni. 

tapi, jauh beza antara budak sekolah biasa dengan sekolah pandai. facilities diorang lebih baik, guru guru diorang yang lagi bagus, masa belajar diorang lebih teratur, peluang diorang untuk menimba pengalaman selain daripada belajar pun lagi banyak dari budak sekolah biasa, n mostly diorang ada daya kepimpinan n keyakinan diri yang lagi tinggi berbanding budak sekolah biasa.

so, pada sesiapa yang ada result okey dan dapat tawaran untuk masuk ke sekolah sekolah yang lagi baik. korang masuk jelah. memang kesedaran untuk menuntut ilmu, untuk belajar tu ada pada diri kita sendiri. ada dekat sekolah mana mana pun, kita masih boleh berjaya, walaupun belajar dekat sekolah di ceruk dunia. tapi pengalaman yang dilalui di satu satu sekolah tu berbeza, guru guru yang mengajar berbeza (bukanlah bermaksud guru guru di sekolah harian biasa tidak bagus, tapi most penggubal soalan etc datang dr mrsm n sekolah budak budak pandai), kemudahan yang disediakan juga berbeza. contoh yang simple, makmal sains biasa and untuk budak sains tulen yang terdapat di sekolah biasa. kemudahan tak cukup, bahan kimia tak cukup dan macam macam perkara lagi. sampaikan ada eksperimen yang berdasarkan teori semata mata, tak ada pun buat praktikal untuk topik yang diajar.

memang ada kelebihan dan kekurangan antara kedua dua sekolah. err.. ntahlah.. aku pun tak tau ape yang aku cakap ni. yang penting aku tengah stress nak adapt suasana baru yang agak berlainan dengan masa sekolah dulu. tapi tu lah kan. belajar, kita boleh belajar dekat mana mana pun. nak skor sangat senang. hafal buku teks, buat latihan berpuluh puluh kali, untuk addmath dan math, buat jalan kerja banyak kali and tukar nilai ja. insyaAllah boleh dapat. tapi,, kejayaan tu cuma atas kertas je. sijil SPM. bila dah dekat dunia luar ni. baru kita terfikir. sebenarnya pengalaman tu lagi penting daripada apa yang kita belajar untuk periksa semata mata tuh. pasal tu ada pepatah ke kata kata hikmah yang ayat dia lebih kurang cenggini, pengalaman adalah guru yang terbaik. kan

dan nampaknya, oleh kerana dulu aku terlalu selesa di sekolah. taknak keluar dari zon keselesaan tu, sekarang aku terpaksa bermula dari bawah balik. kena cari pengalaman baru yang aku tak dapat masa dekat sekolah dulu. bermula dari bawah, bukan bermaksud kena belajar tu semua, yang tu insyaAllah aku boleh kejar. cuma.. aku kurang pengalaman, kurang keyakinan, kurang daya kepimpinan, dan kurang bercakap bahasa inggeris 

insyaAllah apa yang aku lalui ni ada hikmahnya. mungkin Allah nak aku belajar dari bawah, supaya aku tak takbur, riak bila aku berjaya. bersangka baik dengan Allah. kadang kadang, bila kita bersusah susah untuk menempuh kejayaan, barulah kita hargai apa yang kita miliki kan? insyaAllah,, Allah maha mengetahui yang aku mampu lalui ujian ni.. berilah panduan pada aku Ya Allah.