BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Friday, September 20, 2013

DERMA DARAH?!! SAYA TAKUT JARUM. DERMA ORGAN?!! NANTI ROH SAYA SAKIT.


tut tut~~ tutt tutt~~ 
-hello assalamualaikum. boleh saya bantu?
-waalaikumsalam. ini encik azim ke? saya dari hospital dot dot dot, boleh encik datang ke hospital sekarang? ayah encik kemalangan petang tadi, sekarang dia dalam icu, keadaannya kritikal kerana kekurangan darah. mungkin darah encik sesuai dengan beliau, jadi mungkin beliau boleh diselamatkan..
-inalillah. ((INALILLAH BUKAN UNTUK MENDENGAR KHABAR TENTANG ORANG DAH MENINGGAL SAHAJA, TETAPI JUGA APABILA MENDENGAR ORANG LAIN DITIMPA MUSIBAH)) saya akan pergi sekarang. tolong lakukan yang terbaik untuk selamatkan nyawa ayah saya. saya datang sekarang!!


tetttttt~~~~~~~~~iklan sebentar.

mungkin kita pernah melihat kejadian ini dalam cerekarama, drama petang petang or filem. tapi, pernah terfikir tak yang perkara ini boleh berlaku dalam hidup kita? kuasa Allah, apa apa je boleh jadi.

bila sesuatu berlaku kepada keluarga kita, tanpa fikir panjang, terus setuju untuk menderma darah atau apa apa (bagi akulah, tak taulah korang kan) demi selamatkan nyawa mereka. tapi, kalau untuk orang lain yang kita tak kenal langsung nama, rupa dan siapa dia? adakah kita nak korbankan setengah liter darah atau organ kita untuk mereka? i dont think so. mungkin ada yang sanggup. tapi tak ramai. setuju?

action!!
-maaf encik azim. kami sudah memeriksa darah encik, dan darah encik tak sesuai dengan darah ayah encik.
-habis, apa yang patut saya lakukan?? saya akan bayar awak berapa sahaja, cari sajalah darah dekat bank darah, mesti ada punya darah yang sesuai untuk ayah saya. takkanlah dalam berjuta juta orang yang ada dekat malaysia ni, langsung tak ada satu pun darah yang sesuai untuk ayah saya??!!
-darah ayah encik adalah darah O, darah jenis ini sangat sukar dijumpai. selain itu, darah ini adalah penderma darah universal. mereka tidak boleh menerima darah lain selain dari darah O. buat masa sekarang, Bank Darah sedang kekurangan darah. kami tak mampu untuk berbuat apa-apa.
-habis, macam mana dengan ayah saya?!! takkan nak biar macam tu saja???
-apa yang mampu kita lakukan sekarang hanyalah berdoa kepada Allah. hanya Dia yang mampu memberikan keajaiban kepada kita.
-*tersentak* Ya Allah, Kau bantulah hamba-Mu ini. datangkanlah seorang hamba-Mu yang berhati mulia, yang mampu membantu ayahku, Ya Allah. aku mohon padaMu Ya Allah............

tettt~~~~~~~~~ iklan lagi....

macam tu lah kita kan? nak membantu orang lain, punyalah kedekut taik hidung masin. tapi bila kita dah tak mampu nak buat apa apa, barulah berharap ada orang yang akan bantu kita. apa cerr?? kita ni pentingkan diri sebenarnya. berharap, bila kita susah, akan ada orang yang akan bantu kita. tapi, bila tengok orang lain susah?? bukan nak membantu, malah makin disusahkan hati orang tu dengan nasihat nasihat yang bagi kita baik, tapi lagi menambah luka di hati orang tu. kita--an nas--si pelupa. lupa yang Allah boleh menterbalikkan keadaan orang tu lalu menimpa kita pula.

action!!
-encik azim, alhamdulillah. ketika encik pergi bersolat tadi, ada orang datang menderma darah, dan darahnya sesuai dengan darah ayah encik. peluang untuk ayah encik diselamatkan amat cerah.
-betul ke ni doktor?? Alhamdulillah. kau kabulkan doaku Ya Allah. Alhamdulillah.. terima kasih doktor. boleh saya jumpa dengan orang yang mendermakan darahnya tu tadi?
-boleh boleh, beliau di dalam bilik rehat di hujung wad.

iklan..

kerana kita ni sang pelupa, Allah beri ujian untuk mengingatkan kita. kerana kita ini sang pelupa, Allah beri bantuan kepada kita. supaya kita beringat. supaya kita belajar. yang hidup ni, bukan ada kita, kita dan kita saja. dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain. dalam kesenangan kita, ada kesenangan orang yang sedang berada dalam kesusahan. cuma terpulang kepada kita, sama ada ingin berkongsi kesenangan itu, atau membiarkan orang yang berada dalam kesusahan itu, terus berada dalam kesusahan. tapi, seperti yang aku katakan tadi. manusia = sang pelupa. ketika dia pula berada dalam kesusahan, dia juga yang meminta minta orang lain untuk membantu dia. dahlah pelupa, pentingkan diri pulak tu. itulah manusia. kan? :)

action!!
-cik, awak ke yang dermakan darah untuk ayah saya? terima kasih sangat sangat.
-ya saya. *sambil menoleh*
-ehh,, awak kan . . . . . .
- ya, kita pernah jumpa dulu. masa saya minta tolong dengan awak untuk hantarkan adik saya ke hospital.
- err.. ya. emm,, macam mana keadaan adik awak tu?
-alhamdulillah, insyaAllah dia akan menjadi ahli syurga. ye lah, meninggal masa kecil kan? *senyum*
- err,, betul ke ni? semua salah saya kan? saya yang taknak bantu awak. kalau saya bantu, mungkin dia boleh diselamatkan. saya yang berdosa!!
-janganlah salahkan diri awak. itu semua dengan kehendak dari-Nya. saya redha dengan pemergian adik saya. saya tahu, mungkin ada hikmah darinya. salah satu hikmahnya, saya dapat membantu ayah awak. *senyum lagi*
-maafkan saya. emm,, tapi kenapa awak masih mahu membantu saya, sedangkan ketika itu, saya langsung tiada sifat simpati untuk menolong kalian.
-saya tak mahu orang lain merasa kehilangan seperti yang pernah saya rasa. kerana saya tahu, rasa kehilangan itu, amat perit. mungkin juga, Allah tak mahu kamu melalui dugaan kehilangan orang yang tersayang, kerana Dia Maha Mengetahui, yang awak tak mampu menanggung dugaan seperti ini *senyum lalu melangkah pergi*
-krikkrikkrikkkk

¬TAMMAT¬

nak ke kejadian macam ni berlaku pada kita? kata orang, kalau nak kita dilayan baik, kita kena melayan orang lain dengan baik. kalau ingin mendapat kebaikan, kita kenalah buat baik dulu.

buat baik dibalas jahat, itu tak mengenang budi.
buat baik dibalas baik, itu biasa
buat jahat dibalas baik, itu awesome.

oleh yang demikian, aku sedang cuba try test untuk menjadi awesome di mata Allah, walaupun di mata manusia aku cuma insan yang hina dina dll. kekeke.

seperti yang aku katakan tadi.
dalam rezeki kita, ada hak orang lain.
dalam kesenangan kita, ada hak orang yang dalam kesusahan untuk mendapat kesenangan seperti kita.
terpulang pada kita, sama ada ingin melunaskan hak mereka, atau tidak. 
mungkin didunia mereka tidak direct meminta pada kita.
tapi di akhirat kelak, kita akan ditanya oleh Allah SWT.
adakah kita sudah melunaskan tanggungjawab kita yang sepatutnya kepada manusia lain di sekeliling kita.

apa yang kau akan pilih?

aku.. cuba buat yang terbaik. cuba mengikhlaskan diri yang kadang kadang menyimpang dari niat yang sebenar. semoga Allah meredhai amalanku. :)

darah muslim itu mulia, apa kata kita memuliakannya lagi dengan menderma pada orang lain. kan? :)


kata orang, kalau nak bersedekah/menderma, kita kena beri barang yang paling kita sayang. saya sudah berikrar. anda bila lagi? :D




walaupun aku berikrar untuk menderma organ bila dah meninggal nanti, tapi aku tak tahu ajal aku macam mana nanti. entah mati terbakar ke, mati hancur dibom ke, mati lemas badan tak jumpa ke. kata orang, bila dah berniat untuk buat baik tu, malaikat akan catat niat tu sebagai pahala. semoga Allah terima niat aku. :D