BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Wednesday, June 26, 2013

SURAT TERBUKA KEPADA ENCIK . . . . . .

 kehadapan encik fizik yang dibenci dikasihi selalu.
apa khabar encik sekeluarga? diharap encik fizik sekeluarga berada dalam sihat wal afiat hendaknya. bak ayat common budak budak sekolah nak dapat markah lebih pasal guna ayat bombastik, i hope u are in the pink of health. tujuan saya menulis surat, bukanlah ingin meluahkan perasaan kepada encik bahawa saya sanggup menjadi isteri kedua encik, apatah lagi menjadi perempuan simpanan. tidak sama sekali. saya hanya ingin meluahkan kekurangpuasan saya terhadap encik.
saya sebenarnya bukanlah membenci atau tak suka pada encik fizik. tapi, banyak bab bab dan pengiraan yang membuatkan saya lost sekaligus membuatkan saya mula menimbulkan bibit bibit kebencian kepada encik. ya, saya faham. saya sedar encik bukan bersikap penghafal seperti puan biologi. encik juga bukan seseorang yang mementingkan ikatan seperti cik kimia. dan saya amat pasti bahawa encik tidak terlalu meminati encik/puan matematik (maaf, jantina tidak dapat dikenalpasti) kerana beliau diminati oleh kaum perempuan, berbanding encik, sering diminati dan dikejar kejar oleh kaum lelaki (hanya minoriti perempuaan rare yang minat pada encik fizik). 
saya tahu, saya faham. sebagai pelajar yang cemerlang, saya seharusnya tidak bias atau berat sebelah kepada encik dan puan di atas tadi. tapi, selaku manusia biasa, saya juga mempunyai hati dan perasaan. walaupun saya cuba bersikap adil, saya masih tak mampu untuk membahagikan keminatan saya kepada anda semua secara adil dan saksama. saya tahu, hal ini sudah pasti akan memberi kesan buruk kepada saya kelak. tapi, untuk pengetahuan encik fizik, saya sudah mengkaji secara keseluruhan andainya saya membulatkan tekad untuk membenci encik. antara analisis yang saya peroleh adalah
1. saya meminati bidang medik. tapi saya tak kinat jadi doktor biasa. oleh yang demikian, saya bercita cita untuk menjadi doktor haiwan aka veterinar. jika saya ingin memilih bidang ini, saya tidak perlu berjumpa dengan encik lagi. hal ini kerana bidang ini hanya akan menyebabkan saya dapat berjumpa dengan puan kesayangan saya, iaitu puan biologi. tentang cik kimia pula, saya bersikap neutral kerana beliau mempunyai hubungan saudara dengan puan biologi. oleh itu, pelajaran mereka juga hampir sama walaupun tidak serupa. berbanding dengan kamu wahai encik fizik *kibas rambut* kemungkinan saya berjumpa anda apabila saya menyambung pengajian dalam bidang veterinar aaaaaammmmmmaaaaaattt sseeediiiiikkkiiiitttt sekali. oleh itubabaii.
2. mengikut cgpa upu atau cgpa uitm bagi pelajar asasi, mereka hanya mengambil tiga kursus yang mempunyai markah tertinggi. tetapi matematik memang wajib diambil untuk pengiraan ini. berkenaan beliau, saya tidak terlalu bimbang kerana saya amat meminati beliau meskipun saya masih tidak dapat mengesan jantina beliau. jadi, kursus yang kedua dan ketiga, sudah pasti saya akan memastikan ianya dimiliki oleh puan biologi dan cik kimia! dan..... anda, dibiar sepi seorang diri menunggu kasih yang tidak kesampaian.. huuu~~ saya bukan ingin meminggirkan anda, tetapi saya perlu merancang masa depan secara total. buang anasir yang tidak menguntungkan. huhh
cukuplah dua, saya tak mahu menambahkan garam ke atas luka hati encik fizik. percayalah, saya amat gembira ketika mempelajari anda. sangat gembira. tapi sekadar itu, saya gembira tetapi saya tidak faham apakah anda sebenarnya. mungkin saya tidak ditakdirkan untuk menjadi kerja kebanggaan encik fizik, iaitu jurutera. bukan, bukan.. saya bukannya terlalu membenci encik. ingat tak dahulu, kisah keputusan spm saya tu? alaa,, yang kita jumpa tu..
*imbas kembali* meskipun ketika di bangku persekolahan, saya sering mengatakan bahawa encik fizik lagi susah berbanding cik kimia, tapi ingat lagi tak yang keputusan trial dan spm sebenar saya, gred encik lagi tinggi berbanding gred cik kimia? syyhhh, jangan cakap kuat kuat. nanti cik kimia dengar, dia merajuk pulak karang. emm,, hal ini menunjukkan bahawa encik fizik tidaklah seburuk yang disangka. encik baik dalam memberi markah. cuma,, kita tiada jodoh.. kita tiada chemistry untuk menjadi sebati..
walaupun saya meluahkan ini semua, ia tidak bermaksud saya akan terus meninggalkan encik terkontang kanting sendirian.. saya akan sentiasa cuba untuk memahami encik fizik.. cuma, saya berharap encik tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada saya untuk peroleh markah yang tinggi demi encik. tolong.. saya akan berusaha bersungguh sungguh, tapi jangan terlalu berharap.. saya bukan tak sayang encik fizik.. tapi, hati saya telah dimiliki oleh puan biologi dan encik/puan matematik (saya lurus!!) maaf sekali lagi.
saya tahu, anda sebagai sepasukan aliran sains tulen perlu saling berkait untuk menjamin kejayaan yang lebih cemerlang.. tapii,, saya bimbang saya tidak mampu untuk menanggung beban ini.. harap
maaf..
 saya amat berharap bahawa encik fizik tidak terluka atau patah hati dengan luahan hati saya ini. kita tidak tahu masa depan.. mana tahu, dengan izin Allah, tiba tiba saya terjatuh cinta pada encik fizik kan? tiada mustahil di dunia ini.. beserta surat ini, saya lampirkan tisu untuk encik fizik. manalah tahu encik memerlukannya tika saat ini.
akhir kata, 
majulah sukan untuk negara.
yang
benar,
 si dia.......