BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Monday, April 1, 2013

JOM HEBOH JOHOR BAHRU 2013 @ ANGSANA !!!



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…




google

ya, seperti anda sedia maklum.. (cewahh ayat ko !) malam tadi tamatlah sudah jom heboh di johor bahru . . . lebih tepat, angsana lah... alahai,, yang sebelah jakel baru bukak tu. besar godang yerk jakel yang baru tu.. mesti macam macam jenis kain yang die jual kan? da lah ari perasmian die tu jatuh pade hari jadi aku. macam tautau je aku lahir masa tu.. bukan nak bagi aku sepapan due kain mahalmahal kan? pas tu kan.. kat luar luar die siap ada patung patung dengan baju lawolawo tau tak? kemain show off lagi patung patung tu tauu... (agak annoying banyak sangat kata ganda kan?  -_-)

okay, kat mana kita tadi? haa,, yang pasal jom heboh tu.. bukan bukan,, aku bukan bizibodi ngapdet pasal aku join benda alah tu.. tadi pun cuma tengok dari jalan je.. pasal tadi nak hantar adik aku balik asrama dia kan. promot jap, dia sekolah kat maahad tahfiz al akhyar.. cambest lah tengok dia jumpa kawan kawan lepas seminggu cuti. sampaikan kitorang nak balik pon dia nak tak nak je lambai.. harjad sungguh.. nasib baik ustaz die hemsem..... eh?

err,, aku kat mana tadi? err,, tadi hantar adik aku tu dalam pukul 6 lebih camtu lah.. masa lalu depan angsana tu, jam kemain lagi.. ehh,, tak la jam sangat. pasal aku tengok ade polise terapik atas jambatan tu siap bebual bual kosong kosong kosong dengan kawan die lagi kan. jadi mestilah tak jam sangat. okey, ape kaitan antare jam kemain lagi dengan polise terapik yang bebual kosong kosong kosong dengan kawan die? ntah.. abaikan. tak penting.

aku madang lost je dari niat asal nak cerita.. aduhh.. mana kita tadi?

haa,, mase tu.. aku tengok ramai gile lah orang. tapi aku tak sure lah orang gile pon ada join sekali tak kat situ pasal kan dah dekat dah angsana dengan sepital tampoi tu kan? eh, diorang pun ada outing outing macam budak asrama ke tak ekk? duhhh... abaikan. tak penting ponn..


google

kat mane tadi? emm,, haa.. orang ramai gile.. pastu aku tengok jam kat dashboard, dah dekat pukul tujuh.. aku tengok lagi kat luar tuh, orang orang yang pergi jom heboh tu macam tak ada keinginan nak balik je? yang siap dok cari cari parking lagi adalah.. dalam ati kompius jugak. diorang solat camne ek? pasal aku kompom.. yang datang tu mostly orang melayu.. ye lahh,, orang melayu kan suka bab berjimba bara gitu. bile dah melayu gitu, otomatik kat ic diorang tuh tulis beragama ISLAM. bila dah islam, dah akil baligh, kompom lah kena solat fardhu, ye dak? 

then, soalan yang menjadi kemusykilan aku dari tadi bawak ke malam tak tidur tidur nie adalah:


google

  1. kalo diorang dari pagi bawak ke malam (ada konserto kan) dekat sana, macam mana diorang nak bersolat?
    jawapan: bersangka baik wahai budak. angsana tu dekat kan? diorang boleh je solat dekat sana, pastu datang balik ke jom heboh tu.
  2. tapi kan bepuluh ribu riban orang datang ke sana. muat ke diorang nak solat?
    jawapan: husnuzon wahai sahabat. mungkin pihak berwajib yang buat jomheboh tu dah sediakan khemah untuk mereka mereka tu bersolat. (maaf, aku tak pernah pergi dari start ada benda alah tu sampai laa ni. so tak tahu ada ke tak khemah untuk bersolat. tapi, HUSNUZON kan? :)
  3. (tiru soalan no dua) dan tambahan: macam mana diorang nak ambil wudhuk? aurat muslimat  ketika ambil wudhuk pulak macam mana tengah ramai ramai gitu? dan kalau pergi tempat tempat macam tu, mesti lah kaum hawa (most of them,, especially teenagers:) nak berlawa lawa. mekap bagai nak rak. bertudung berhijab hanatajimanajwalatifyunadianaamir bagai sampai terbelit belit gitu. agak agak diorang sanggup ke nak buang mekap dan buka tudung untuk solat kemudian bermekap tebal dan bertudung berhijab hanatajimanajwalatifyunadianaamir kembali?
    jawapan: semestinya pihak berwajib sudah berfikir tentang itu wahai sahabat. bersangka baiklah. tentang kaum hawa yang bercantik cantik itu pula, husnuzon wahai sahabat. mungkin mereka sanggup membazir 2 3 jam untuk bermekap kembali demi tidak meruntuhkan agama mereka. mungkin mereka telah solat jamak ketika di rumah apabila memikirkan bahawa daruratnya ingin bersolat apabila berada di pesta itu. mungkin mereka akan mengqada' solat solat yang telah ditinggalkan. mungkin mereka telah datang bulan ketika itu (alasan femes budak budak tak pergi amali). segalanya mungkin bukan? nothing impossible :)
  4. macam mana pula yang balik malam malam lepas tengok konsert tu? lagi lagi kaum hawa. kan bahaya mereka balik malam malam begitu. mereka insan yang lemah. perlukan perlindungan lelaki. malangnya kadang kadang mereka berlindung pada lelaki yang salah.
    jawapan: husnuzon wahai teman. mungkin mereka datang dengan keluarga tercinta. pulang juga sudah pasti bersama keluarga tercinta. jika pergi bersama teman. sudah pasti keluarga tercinta sudah mengetahuinya. dan, bukankah mereka mempunyai akal fikiran untuk berfikir sendiri? layak kah kita, insan yang tak sempurna ini bersusah payah memikirkan keadaan mereka? jika ingin dinasihati, lagi diherdik dan dikeji. mereka punyai akal sendiri sahabat. mereka pandai menjaga diri :)
  5. tentang konsert di malam hari pula. duduk bercampur campuran. hiburan yang didendangkan, bukan lagu lagu memuji tuhan, bukan lagu lagu merindui rasul junjungan. tetapi, lagu lagu tiada makna. memuja cinta antara manusia. kadangkala hanya aksaara tersusun indah, tapi kosong di dalamnya.
    jawapan: bersangka baik wahai saudara. pihak berwajib menyusun atur begitu untuk memudahkan kerja, dan memeriahkan suasana. lagu lagu memuji tuhan pula, hanya didendang apabila masuk waktu solat sahaja. lagu lagu merindui rasulNya, menjadi popular ketika sampainya hari kebesaran Baginda saw sahaja. selain dari masa masa itu, lagu lirik tak bermaknalah yang menjadi pilihan hati.
  6. kenapa jadi begini? tiadakah tindakan yang sewajarnya dilakukan? adakah aku sorang sahaja yang memikirkan hal hal mereka?jawapan: husnuzon wahai budak. ramai yang sependapat dengan engkau. ramai yang lantang melarang. tetapi, larangan mereka hanya satu dalam sejuta yang menyokong. masakan mampu mengubah? ibaratnya, anjing menyalak bukit yang semakin runtuh. runtuhnya bukit tidak dapat dihentikan, malahan anjing pula yang diherdik diparang kerana bising salakannya.
sifat manusia. beginilah kan? hehh


google

p/s: panjang pulak kan. maaf. ingat nak taip lagi. nantilah.
p/ss: hanya pandangan sendiri (berunsur sarkastik juga)
p/sss: yang benar,

            insan yang tak dapat pergi ke sana :P