BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Sunday, March 17, 2013

BFF = BESTFRIEND FOREVER @ BOYFRIEND FOREVER?



BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM…

SATU HARI, CINTA DAN KAWAN BERJALAN-JALAN DI DALAM KAMPUNG..
TIBA2 CINTA TERJATUH DALAM TELAGA.. KENAPA?
KERANA. . . CINTA ITU BUTA..
LALU KAWAN PUN IKUT TERJUN KE DALAM TELAGA.. KENAPA?
KERANA . . KAWAN AKAN BUAT APA SAJA DEMI CINTA..
DI DALAM TELAGA, CINTA TELAH HILANG.. KENAPA?
KERANA . . CINTA ITU HALUS.. MUDAH HILANG KALAU TAK DIJAGA, 
SUKAR DICARI APATAH LAGI DALAM TELAGA YANG GELAP..
SEDANGKAN KAWAN MASIH TERCARI-CARI DIMANA CINTA DAN TERUS MENUNGGU KEHADIRAN CINTA.. KENAPA?
KERANA . .  KAWAN ITU SEJATI DAN AKAN KEKAL SEBAGAI KAWAN YANG SETIA..
YANG MANA JADI PILIHAN? CINTA YANG MUNGKIN HILANG, ATAU KAWAN YANG SETIA



Korang pernah ada bestfriend a.k.a teman tapi mesra dari berlainan jantina tak? Kalau ada,, angkat kaki!! Kalau tak ada, err, tak payah angkat apa- apa.. 
tapi korang pernah terfikir tak yang akan jatuh cinta pada dia atau dia yang akan jatuh cinta kat korang?? Ayokk!! Emm,, bagi aku memang best tau kalau dapat kawan yang lain jantina especially yang sekepala dan saling faham antara satu sama lain.. lagi2 kalau ada hobi yang sama.. tapi agak peliklah kalau kawan yang berlainan jenis, tapi dok sama-sama shopping baju inner n outer, dok pegi salon setting rambut. Pegi spa untuk thai massage, manicure, pedicure n etc.. err,, tapi sekarang lelaki pun dah metroseksual kan? Pentingkan hal-hal yang agak keperempuanan.. kadang-kadang tu, barangan penjagaan dia sendiri lagi mahal daripada yang perempuan ni tau.. erk, stop.. nanti ada yang kata aku feminis lak..

Okay,, ada banyak kebaikan kalau kita punya bff ni berlainan gender (lelaki), antaranya :

Dapat bertukar pandangan tentang sifat makhluk yang berlainan jenis..
Kurang risiko ditikam dari belakang oleh sahabat sendiri.. eh, bukan guna pisau, lagi dasat daripada tu.. eg: boyfriend dirampas oleh bestfriend sendiri (da selalu berlaku beb)
Selain itu, dapat kurangkan risiko menyukai lelaki yang sama.. (tak adalah isu pengorbanan demi sahabat etc)
Dapat membuatkan kita lebih memahami pemikiran jantina berlainan..
Berkawan dengan dengan lelaki lebih senang nak handle coz lelaki kurang emo berbanding perempuan, so bila kita gurau yang agak menusuk di hati, dia still cool and tak simpan dalam hati..
Apabila kita dalam kesusahan, eg time kereta pancit or paip umah tercabut etc, akan adalah kawan yang gagah perkasa dapat bantu kita buat kerja2 sedemikian yang agak payah untuk dilakukan oleh kaum hawa..

Tapi ada juga kekurangan apabila ada bff yang berlainan gender ni, antaranya:

Gurauan lelaki agak kasar dan kadang2 menyentuh isu yang sensitive dan 18sx
Kaum lelaki kebanyakannya suka merokok, bila berdekatan dengan diorang, secara tidak langsung kita menjadi perokok pasif sekaligus meningkatkan risiko menghidap kanser paru2.. err, macam buat karangan untuk kempen taknak merokok pulak.. T-T
Seperti sedia maklum, ada perkara yang kita boleh kongsi dengan kawan kita, ada juga perkara yang sensitive dan tak boleh kita bagitahu dia eg: inner anda saiz apa or khamis malam jumaat selalu anda mimpi apa or dok dalam toilet lama2 buat apa or… err,, stop… emm, jadi korang kena lah berhati2 agar tidak menyentuh isu sensitive supaya bff anda tidak bertukar menjadi seorang yang anda tak kenal..
Kaum lelaki suka berterus terang, jadi sediakan telinga dengan situasi tersebut yang menunjukkan anda pasrah dengan ape yang akan keluar dari mulut beliau.. so, jangan harapkan beliau akan memuji masakan anda bila masakan anda memang tak sedap..
Ada sebahagian lelaki yang agak berotak kuning, jadi kuatkan diri anda dan abaikan pandangan bff anda yang mungkin memandang anda dengan pandangan yang agak berlainan daripada biasa.. mungkin dia sedang berfikir yang .. .. .. emm,, paham2 lah..
Jika tersalah langkah, boleh terJATUH CINTA PADA KAWAN KARIB ANDA… ye, aku memang sengaja wat CAPITAL LETTER untuk menegaskan lagi bahawa aku memang maksudkannya..
Bila dah jatuh cinta, semua jadi tak tentu arah.. secara x langsung, korang akan berasa canggung bila bersama dengan dia.. woi, bukan lagu ala canggung tu la.. maksudnya, macam dah xserasi sangat laa.. malu2 rimau gitu..
Bila kita terus terang pasal hati dan limpa tapi dia cuma anggap kita kawan biasa dan tak ada apa2 perasaan, mesti kita akan rasa malu sendiri walaupun dia anggap tu normal thing.. 
kemudian persahabatan antara kita dengan dia dah tak sama macam dulu lagi..
and the worst thing’s, korang akan kehilangan kawan baik korang… huhu

aku bukan nak takut2kan.. tapi dah selalu berlaku macam tu.. tapi bagi sesiapa yang tengah dilemma sama ada nak bagitahu dia pasal perasaan korang atau tak, jangan mudah putus asa.. mana tahu bff korang tu simpan perasaan yang sama kat korang.. an, an, an… chaiyok! Chaiyok! Chaiyok!!!


NOTA JARI JEMARI>>> BUKAN MUDAH UNTUK KITA BERKAWAN BAIK DENGAN SAHABAT YANG BERLAINAN JANTINA, BUKAN SUSAH UNTUK KITA JATUH CINTA PADA DIA.. DAN TAK MUSTAHIL AKAN KEHILANGAN DIRINYA ATAS SEBAB2 YANG REMEH TEMEH.. YANG PENTING KEPERCAYAAN DAN KEIKHLASAN DIRI DALAM PERHUBUNGAN SAMA ADA KETIKA BERSAHABAT ATAU BERPASANGAN..
ps:  (aku baru perasan, kesan negative lebih banyak dari positif) 


salam ukhuwah