BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Friday, March 15, 2013

LISTEN LISTEN LISTEN


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Jangan kau bangga dengan kejayaan
Kerana setiap kejayaan pasti ada kegagalan
Jangan pula kau tunduk pada kegagalan
Kerana ia ujian dari Tuhan

Jangan kau alpa akan indahnya dunia
Sedang ia racun yang merosakkan jiwa
Jangan hanyut  dengan dugaan-Nya
Agar terpelihara dari fitnah dunia

jangan putus asa mengharap rahmat-Nya
hingga merosak keimanan diri
jangan berhenti bertaubat pada-Nya
meski dosa mu segunung tinggi

jangan bangga dengan perhiasan diri
hingga perlihatkannya tanpa malu
jangan meninggi apabila dipuji
kelak ia akan menjatuhkan mu

rendah tidak semestinya hina
tinggi bukan penentu darjat diri
di sisi tuhan semua sama
beza cuma ketakwaan yang dimiliki

dengarlah sahabat segala nasihat
meski diri ini tidak sempurna
saling membimbing tak kenal penat
InsyaAllah bahagia di Akhirat sana

NOTA JARI>>> TAK TAU NIH SAJAK ATAU PANTUN.. EMM,, LU PIKIR LAH SENDIRI..