BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Tuesday, March 12, 2013

FATAMORGANA (MIRAGE)



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
  
kaifa halukum?

kau orang pernah dengar tak pasal fatamorgana? bukan Lady Morgana yang dalam cerita Merlin tu tau. alaa,, nama lain dia ialah MIRAGE. eh eh, bukan kereta comel  mitsubishi mirage tu,, aduhhh.. huhu

kalau tak tahu, sila tanya pakcik google ya?

tapi oleh kerana aku tengah rajin (tak ada kerja sebenarnya) biarlah aku yang tolong terangkan <atas ihsan mr.google jugak>


FATAMORGANA (MIRAGE) -maaf bahasa inggeris, aku malas nak google translate-



Fata Morgana mirages distort the object or objects which they are based on significantly, often such that the object is completely unrecognizable. A Fata Morgana can be seen on land or at sea, in polar regions or in deserts. This kind of mirage can involve almost any kind of distant object, including boats, islands, and the coastline.
This optical phenomenon occurs because rays of light are bent when they pass through air layers of different temperatures in a steep thermal inversion where an atmospheric duct has formed.[1] (A thermal inversion is an atmospheric condition where warmer air exists in a well-defined layer above a layer of significantly cooler air. This temperature inversion is the opposite of what is normally the case; air is usually warmer close to the surface, and cooler higher up.)
In calm weather, a layer of significantly warmer air can rest over colder dense air, forming an atmospheric duct which acts like a refracting lens, producing a series of both inverted and erect images. A Fata Morgana requires a duct to be present; thermal inversion alone is not enough to produce this kind of mirage. While a thermal inversion often takes place without there being an atmospheric duct, an atmospheric duct cannot exist without there first being a thermal inversion. sumber: wikipedia

contoh fatamorgana (mirage) dekat jalan raya
ni contoh dekat air pulak

TAPIII...
apa kena mengena fatamorgana@mirage ni dengan blog aku pulak?
selain daripada ingin mempromote blog sendiri [sadis] aku juga ingin menceritakan kenapa aku tertarik untuk memilih MIRAGE sebagai URL dan nama blog aku. hehe, bajet hot -_-

kerana kehidupan yang kita lalui sekarang hanyalah fatamorgana, mirage. ia melalaikan kita daripada melakukan perkara yang sepatutnya kita lakukan sebagai hamba. hanya segelintir yang tersedar lalu cuba kembali mencari jalan pulang. tapi selebihnya? masih hanyut. semakin jauh mengejar fatamorgana duniawi. 

jadi, aku memilih perkataan ini, untuk mengingatkan diri aku sendiri, dan juga diri kamu tentang dunia ini yang hanya sementara; mirage. bilabila masa kita akan pergi ke kehidupan realiti kita yang sebenarnya. bukan di dunia. tetapi kampung kita yang sebenar. asal keturunan kita, Nabi Adam AS; syurga.

and...
korang pernah dengar tak lagu kumpulan HIJJAZ : fatamorgana?
(aku ambil dekat sini)

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia 
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia 
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri 
Sudah sunnah ketetapan ilahi 

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka 
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya 
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi 
Tiada sudahnya dunia yang dicari 

Begitu indah dunia siapa pun tergoda 
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa 
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai 
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi 

Pulanglah kepada tuhan 
Cahaya kehidupan 
Keimanan ketaqwaan kepadanya 
Senjata utama 

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati 
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti 
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba 
Hidup akhirat kita kekal selamanya


one of my favourite nasyid songs ^_^

maksud lagu ni mendalam sekali. bagi akulah. tak taulah korang macam mana kan. bagi orang yang pernah terhanyut dalam arus dunia macam tu, lagu ni buatkan aku insaf.

bila dengar lagu ni, aku akan terbayang cerita macam dekat bawah ni tau..

sebagai analog, ada seorang lelaki yang tersesat di padang pasir. dengan terik panas yang membakar. dia mencari jalan pulang, sambil mencari oasis untuk menghilangkan dahaga. kemudian, dia ternampak kelibat lopak air di kejauhan. dia berasa gembira. dia pergi ke sana. semakin jauh dia berjalan, semakin jauh kelibat lopak air tersebut. dan dia, semakin sesat di padang pasir itu. hendak mencari jalan yang dilalui tadi, sudah tidak kelihatan. kasihan.

analog dalam kehidupan kita selaku orang yang bertuhan

fatamorgana => kesenangan, keseronokan, dan keindahan yang melalaikan
 kita sebagai pelakon pentas dunia. mencaricari kebenaran yang boleh menenteramkan jiwa kita. fitrah manusia, mendekati ALLAH, jiwa tenang selalu. namun bukan mudah. perjalanan menuju tuhan itu, kirikanan penuh keseronokan, kesenangan dan keindahan dunia. 
bagi yang sudah kehausan, kelelahan dalam perjalanan itu, ingin mencari sumber untuk menambah tenaga : keseronokan, kesenangan dan keindahan dunia. semakin jauh mereka melangkah, penambah tenaga itu semakin menjauh, membuatkan mereka bertambah pantas untuk mengejar. setelah lama lalai, barulah mereka tersedar. perkara yang dikejar itu, hanya melalaikan mereka dari tujuan sebenar. membuatkan mereka lagi jauh dari jalan yang benar. ingin berpatah balik, bukan tak boleh, tetapi sukar. kerana sudah tersesat dalam terang. kasihan

huhh,, banyak menaip

salam ukhuwah :)