BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Monday, March 11, 2013

HEY, BOLEH KENAL ATAUPUN TIDAK?


السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


dah lama dah aku nak buat blog.. lepas SPM dulu (ceh, ayat macam dah lame je kan) aku da buat dah blog ni. tapi tak sempatsempat nak post apeape. lagipun, masa tu aku tak yakin nak buat blog. yole, dok pikiaq, ada dak orang nak baca blog ntah apeape aku ni.. huhuu,, bila difikir balik, agak sadis jugak lah kalo pikir tak ada orang yang perasan pon kat blog nie..

tapi, demi agama, bangsa dan negara yang terchenta (ehem) aku lenjankan lah juga,, ada orang baca, ALHAMDULILLAH. tak ada orang baca NAUZUBILLAH..

okey, cukup. fullstop.

untuk first entry aku, aku akan cerita pasal biodata, tujuan aku buat blog.. alaa,, macam budakbudak tadika dedulu, kena perkenalkan diri kat depan.. hahh! cenggitu lah aku nak buat. okey, sebelum kelaut, baik aku mula dulu.. kekeke


BIODATA DIRI:
nama diberi: wahsieww (ayat budak gedik, shit)
umur : wahsieww ugax (ayat gedik lagi, shit2)
sekolah: hello, dah habis sekolah okey.
citacita: surirumah yang berjaya.. eh?

sudahsudah.cukup biodata aku.. mari ambil tahu sebab aku nak buat blog pula.

1. aku nak meluahkan pandangan aku, bukan lah jenis yang meluahkan perasaan yang mencintan gedik taktentu pasal
eg: ihik ihik, itew jmpew pkwew iteww tdieww
bukan bukan, bukan macam tu. haishh.. kadangkadang aku rasa tak puas hati pada sesuatu topik tu, tapi aku tak tahu kat mana nak luahkan. bila dibincangkan pada ibubapa karang, tak pasalpasal aku dicop pengganas aka rebellious ppl. so, aku buat lah blog ni, mana tahu dengan izin ALLAH ada orang baca dan sudi berbincang dengan aku mengenai topik berkenaan (ayat skema)

2. sebagai medium dakwah, mungkin?
yang ini, memang aku dah lama teringin nak jadi camni. tengok da'ie2 yang pandai menyentuh hati pemblog, buatkan mereka terbuka hati nak bertaubat. sungguh, teringin. tapi aku pun masih perlu belajar, belajar dan terus belajar. pasal aku bukan pandai sangat tang agama. dan aku sebenarnya tak berani nak berdakwah pada orang pasal kalau orang tengok aku, kompem2 dia orang gelakkan aku kan.
tapi kawan aku ada bagi nasihat dekat aku. dia kata berdakwah tu fardhu ain untuk semua umat islam. pasal tu rukun islam, mengucap dua kalimah syahadah dulu, baru yang lainlain. menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi, itu lebih penting, barulah pergi haji. (aku tahu memang agak berterabur sikit ayatnya. aku faham maksud die, tapi nak terangkan tu susah sikit lah)

3. sebagai tempat untuk aku berkarya (cehceh)
aku memang suka buat sajak, cerpen, dan same waktu dengannye. tapi aku malu nak hantar pada editor apeape cm majalah sekolah ka (doludolu) or mane2 lah.. pasal aku tahu, aku tak lah berbakat sangat.. tu pasal lah aku buat blog ni, nanti senang aku nak merepek meroyan bagai..


so far, tu je lah kot yang aku nak cakap. kalo ada lagi, in sha ALLAH aku update.. cehceh..

ehh,, lagi satu, aku harap korang boleh la terima prinsip aku untuk berkarya (kerr?) tanpa ketahui siapa nama aku, muka aku, tempat tinggal aku. kerana mungkin itu lagi memudahkan korang untuk menerima pandangan aku. macam yang aku cakap tadi, mungkin kalau korang tahu aku siapa, korang akan teragak2 untuk menerima pandangan aku.. yelah, blogger picisan yang baru nak bertatih lah katakan.. kekeke

ok lah..


~salam ukhuwah fillah~