BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

cerita dolu dolu

Pages

Tuesday, June 3, 2014

TIPS SURVIVE DEKAT ASASI (UITM PUNCAK ALAM ESPECIALLY) hewhew PART 1 kot

tengah stalk blog orang, tetiba baru aku sedar. aku ada blog yang telah ditinggalkan tanpa diberi nafkah rupanya. berbulan bulan aku tinggalkan kau digantung tak bertali wahai encik blog. maafkan aku. aku tidaklah busy mana, cuma memang malas nak bukak. huhu.. tapi aku tak berniat pun nak menduakan kau. insyaAllah, aku jenis yang setia. wkwkwkwk. P/S: aku dah officially habis asasi hoiii!! ni tengah pening nak isi UPU fasa 2 pulak hoii!!
okey, selesai sudah proses memujuk encik blog. kini kembali pada topik utama kita pada hari ini. dah baca tajuk dekat atas kan? bagus, aku siap capslock tu. kalau tak paham jugak, haihh.. matilah kau nak.. 
cut the crap, ehem.. 
dah bulan 6 ni, aku tahu ramai budak budak ex-spm dah mula masuk universiti/matrik/asasi/tingkatan6 kan? mesti korang tengah ada Minggu Destini Siswa la Minggu Haluan Siswa la Minggu Orientasi la kan? mesti bosan gile nak mam kan kan? padan muko. bhahaha
first of all. aku nak buat disclaimer dulu. macam tajuk kat atas, aku nak cerita pasal cara nak survive kat asasi. means, aku akan cerita pasal tips. bukan nak promosi dan bagitahu korang ke"best"an dan kelebihan asasi puncak alam ye adik adik. wah!! ahkak2 sangat iols tau, hewhew. so kalau korang rasa nak tau macam mana asasi ni etc etc, akak2 abang2 batch lepas ramai je dah buat entri pasal benda tu. well, an entry for promoting asasi palam to my junior is too mainstream i guess, so it would better if aku bagitahu benda2 remeh yang korang kena tahu untuk survive bila nak/baru/akan duduk sini nanti tanpa menyusahkan orang lain. cewahh
  1.  kepada kaki online tahap bila tak online sejam boleh menggigil n berpeluh2.
    - untuk connect internet dekat bilik boleh guna wlan cable. WLAN CABLE??? ape tu? tak pernah jumpa? jangan risau. aku pun dulu macam tu jugak. jakun hoii 

ni WLAN cable yer anak2.
          WLAN cable ni kau boleh beli dekat mart yang ada dekat cafe angsana/RSU. bila mds nanti kau taulah tempat tu dekat mana. fyi, internet palam akan block certain website bila waktu pejabat such as facebook, instagram, twitter, tumbler, dan benda lagha yang sama waktu dengannya. kepada peminat runningman, dukacita dimaklumkan bahawa kshow.net, url yang paling korang suka untuk download setiap episod baru runningman telah di block x kira lah dalam atau luar waktu pejabat.
          -alternatif lain, dekat bawah bangunan psb (you'll know it later) ada jual modem internet, p1 wimax kot kalau x silap aku. ke YES. antara tu lah. aku tak ingat. katanya, untuk student, rm9.00 sebulan dan free 1 gb setiap bulan. im not sure whether it's true or not pasal aku tak guna benda tu. mana tau tu strategi pemasaran diorang je. sekali dah charge itu ini, sebulan kena bayar rm60 gamaknye. muahaha
         - ni alternatif yang aku suggest, korang tau tak pasal prepaid celcom 1 malaysia? kalau xtau, gugel. tapi kat entri lepas aku ada tulis kot. tak ingat. cek ah sendiri. cara untuk beli, boleh cek dekat entri lepas yerr. i strongly recommend this thingy pasal dia prepaid. means, kau bayar rm25 untuk sebulan internet n kuota 1gb tapi still boleh guna kalau kuota dah habis. seriously, aku tak suka benda2 yang perlukan komitmen n aku kena bayar tiap2 bulan. kalau guna benda alah ni, kalau ko nak guna, ko beli la topup n subscribe. kalau xnak, xpayah. easy aite? lagipun kat sini line internet celcom notbad. kalau bukan H pon still bole jalan.
          2. cara pengangkutan untuk jalan2/berpoya2/balik kampung/makan angin dan yang sama waktu dengannya.

        -untuk balik kampung di bahagian utara dan pantai timur. korang boleh beli tiket dekat klang sentral. untuk pergi sini, korang boleh naik rapidkl u90. kena bayar rm1.00
        -balik kampung arah selatan, boleh jugak beli tiket kat klang sentral. tapi aku biasa naik bas dari TBS. cara nak ke TBS ada 2.
   1- naik u90 ke shah alam seksyen 2 (bayaq rm2.00) --> naik bas u80 ke kl sentral(rm2.50) --> naik ktm ke stesyen TBS (rm1.00-2.00 x ingat)
   2- naik u90 ke seksyen 2 jugak, lepas tu ko pergi ke bus stop seberang jalan.-->naik bas u529/t529 (tak ingat huruf depan dia) ke ktm shah alam (rm1.00) --> beli tiket ke TBS terus. (rm 2.30/4.30 x ingat) TAPI!! bila sampai kl sentral, kau kena tukar komuter means bila dah sampai ke  kl sentral, naik tangga n pergi ke rail sebelah untuk naik komuter ke arah seremban. err.. pehe dop?
          
shah alam belah kanan yg warna coklat merah, bandar tasik selatan (TBS) belah kanan biru. route diorang lain n buat u-turn gitu. that's why kena tukar komuter. hokey??

        -balik kampung naik kereta api (selatan je aku tau). naik u90 ke kl sentral, pergi ke kaunter ktm (tingkat atas sederet dengan kfc dll) harga bergantung pada korang nak turun kat mana.
       
*ni untuk jalan2 pulak.
---setia city mall (scm)--- tempat feberet budak asasi. exclude me. ekeke. naik je u90 ke scm (rm2.00) 
---pkns/sacc mall---naik u90 dan turun dekat pkns (rm2.00)
---times square/lowyat--- u90 ke seksyen 2 --> u80 ke kl sentral. lepas tu ko kena seberang jalan ke stesen monorel. beli token untuk ke jalan imbi. lowyat belah kiri dari arah monorel sampai, TS seberang jalannya. harga xsure. tapi bawah rm3.00
---subang parade/sunway pyramid--- u90 ke pkns-->naik u62 ke subang parade or sunway (harga sama rm1.00) note: kena tanya driver dulu dia nak ke arah klang or sunway. malu bertanya sesat jalan ye anak2.
---central market/jalan tar/masjid india--- u90 ke sek 2-->u80 ke central market (rm3.00) nak ke jalan tar. ko kena jalan sikit lah. tapi tak jauh pun dari CM. kalau takut berkuah ketiak, boleh je naik lrt CM ke lrt masjid india. no hal lah
---midvalley--- ada 2 cara. 1 u90 ke sek 2-->u80 ke stesyen lrt universiti (rm 2.50)--> naik T631/T632 xsure ke midvalley (rm 1.00)     2. macam nak pergi ke TBS tadi, tapi ko stop kat stesyen komuter midvalley je lah


3. makannnnn
hoh. ini perkara terpenting bagi budak-budak tengah membesar macam kita. agagaga.
ni masa aku belajar kat sana lagi lah kan. lepas ni aku tak tahu lah kedainya ada bukak lagi ke tidak. besides, ni cara nak berjimat bagi budak budak yang tak berada nak mampu sangat la kan. lagi pulak kalau duit KPT belum masuk, memang menangis la kau nak beli barang-barang makan. lainlah kalau korang orang kaya, makpak bagi RM10000 sebulan, makan TGV Friday walaupun ketika itu bukan hari jumaat, makan MCD pasal ko penat nak melangkah ke cafe Raff tu (MCD jauh ke luar sana kau rajin pulak, puih)

- beli makanan dekat MENTARI KAFE, serious sedap dan murah tu murah gak laa.. lagi2 kalau ikan keli goreng berlada dia, perrgghhh sedap tak hengat wa cakap lu!

- beli dekat KAFE SEBELAH MENTARI. well, nama dia bukanlah macam gitu, tapi aku dah terbiasa panggil macam tu kan. tak ingat dah nama betul dia. hmm. btw, nasi ayam penyet dia mabeles. dan kalau kau nak makanan seimbang untuk harga RM 4.50 je, include nasi, ayam, sayuran segar, tempe dan tauhu goreng yang mabeles dan ko boleh ambil sebanyak mana yang ko mampu, i strongly suggest this cafe to you. lol

---ni untuk masa dekat fakulti pulak. hmm. baik kau bawak bekal dari cafe dekat kolej adik oi.. kat bawah, harga tak menentu. ikut makcik pakcik tu nak jual berapa. kadang-kadang ahkak ni dapat harga yang murah, kadang-kadang mahal untuk makanan yang sama. senang cerita kau beli tupperware, lepas tu beli dekat kafe atas, then simpan dalam tupperware. masa rehat tengahari yang singkat gila tu, kau makan la puas-puas lepas tu boleh cepat2 berebut telekung. hahaha. kalau kau rasa nak bajet orang kaya, nak makan makanan mahal tapi tak sedap kurang memuaskan, kau boleh lah pergi ke restoran dekat tingkat 3 bangunan PSB tu (korang akan tau nanti dekat mana tempatnya nanti)

banyak lagi yang aku nak cerita sebenarnya. tapi takut panjang sangat pulak. lagipun tengah badmood / tension / frust pasal permohonan fasa 2 upu untuk lepasan asasi yang sesi 2014/2015 tak bukak-bukak lagi. kata je upu bukak pukul 12 tengah hari ni, ni dah lebih 15 minit tak nampak batang hidung pun dekat laman web dia. janji melayu betul. haihh..

doakan aku rajin untuk update part 2 pulak. hahaha
k la,, till then. thank you. lol
 


P/S: kalau ada soalan nak tanya berkaitan asasi ataupun apa-apa je lah, just post at ask.fm (ada dekat belah kanan atas tu. nampak kan?) okayy? komen disable pasal taknak jadi messy. lol mkaybye